kulit gatal

Kulit Gatal: Punca dan Rawatan Terbaik

Post by in Blog

Masalah kulit gatal mungkin kelihatan seperti masalah kecil dan biasa, namun ia pasti akan mengganggu dan memberi kesan kepada aktiviti seharian seseorang individu.

Kulit gatal boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan boleh memberi kesan yang buruk sekiranya ia dibiarkan berlarutan dan tidak di rawat.

Oleh itu, ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mengetahui punca-punca kegatalan kulit, cara mengesan dan merawat masalah kegatalan tersebut.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kulit Gatal

kulit gatal

Kulit gatal atau dalam bahasa saintifik nya pruritis, merupakan rasa yang tidak selesa pada bahagian kulit yang akan menyebabkan seseorang itu ingin menggaru.

Masalah ini sering di alami oleh mereka yang berumur disebabkan lapisan kulit yang nipis dimana ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Namun begitu, masalah kegatalan ini juga boleh berlaku pada golongan muda di mana mereka mempunyai kulit yang sensitif ataupun mempunyai penyakit yang tertentu.

Tabiat menggaru boleh menyebabkan berlaku nya keradangan dan menyebabkan kulit pada bahagian tersebut semakin tebal, mudah merekah dan senang dijangkiti kuman.

Malahan, masalah kegatalan ini, lebih-lebih lagi yang disebabkan oleh penyakit radang boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap fizikal dan psikologi seseorang.

Bergantung kepada punca kegatalan yang dialami oleh seseorang, ia mungkin boleh menyebabkan perubahan terhadap kulit sebelum atau selepas itu.

Antara perubahan yang terjadi kepada kulit adalah seperti berikut:

  • Kulit yang seperti digigit nyamuk(bintat)
  • Kulit yang tebal
  • Kulit yang bersisik
  • Kulit kering dan merekah
  • Ruam cacar air
  • Ruam yang tidak mempunyai air

Punca Terjadi Kulit Gatal

kulit gatal

Masalah kulit gatal ini boleh terjadi disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah:

  • Alahan

Antara punca utama masalah kegatalan adalah disebabkan oleh alahan seseorang individu terhadap ubat-ubatan, makanan ataupun bahan kimia. 

Mereka yang mengalami kegatalan yang berpunca dari alahan ini selalunya mempunyai sejarah alahan ataupun menghidap penyakit asma dan ekzema.

Tambahan lagi, mereka yang mempunyai alahan ini akan mempunyai ruam pada bahagian kulit yang terdedah dan akan menyebabkan kegatalan yang sangat teruk.

  • Penyakit psikiatri

Seterusnya, masalah kegatalan juga boleh berlaku pada mereka yang mempunyai penyakit psikiatri.

Antara penyakit psikiatri yang boleh menyebabkan kegatalan adalah kemurungan, Obsessive Compulsive Disorder (OCD) serta Penyakit Kebimbangan (Anxiety).

  • Penyakit saraf

Selain itu, penyakit saraf seperti kayap,kencing manis dan multiple sclerosis juga boleh menyebabkan berlakunya kegatalan terhadap seseorang individu. 

  • Jangkitan kuman

Jangkitan kuman yang berlaku terhadap kulit seperti kudis api, kudis buta dan kurap juga merupakan beberapa faktor utama kegatalan.

  • Penyakit kronik

Bukan itu sahaja, terdapat masalah kegatalan yang berpunca dari beberapa jenis penyakit kronik seperti limfoma, buah pinggang, anemia, tiroid dan lain-lain.

  • Masalah kulit

Akhir sekali, masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, kulit kering (xerosis), parut dan kawasan gigitan serangga juga adalah punca utama kegatalan kulit yang dialami.

Baca Juga; Jenis Penyakit Kulit dan Cara Rawatannya

Cara-Cara Pengesanan Kegatalan Pada Kulit

kulit gatal

Sekiranya anda mengalami  masalah kegatalan seperti yang diperkatakan di atas dan masih tidak mengetahui puncanya, jangan risau.

Terdapat beberapa cara dan ujian yang anda boleh lakukan untuk mengetahui punca kegatalan yang dialami. Berikut merupakan beberapa ujian yang anda boleh lakukan.

  • Ujian Darah

Ujian darah merupakan salah satu ujian yang sering dilakukan untuk mengesan beberapa penyakit seperti tiroid, kencing manis dan buah pinggang.

Penyakit-penyakit ini boleh menyebabkan terjadinya masalah kulit kering dan menyebabkan kegatalan.

  • Pemeriksaan Fizikal

Selain dari ujian darah, kebanyakan punca masalah kulit dapat diketahui dengan hanya melakukan pemeriksaan fizikal sahaja.

Antara punca yang boleh diketahui melalui pemeriksaan fizikal adalah kulit kering, tebal, mempunyai nanah, ruam dan sebagainya.

Elakkan Kulit Gatal Dengan 5 Cara Ini

kulit gatal

Jika anda mengalami simptom-simptom kegatalan atau menghidapi masalah keradangan dan ingin mengurangkan rasa gatal yang dialami, jangan risau. 

Di sini kami kongsikan beberapa cara muda yang boleh membantu anda untuk mengelakkan dan melegakan masalah kulit gatal ini.  

  1. Elakkan bahan atau pakaian yang boleh menyebabkan kegatalan

kegatalan

Tahukah anda bahawa terdapat sesetengah material dan jenis pakaian yang boleh membuatkan seseorang itu alah dan berlakunya keradangan pada kulit mereka?

Bukan itu sahaja, terdapat sesetengah pakaian yang tebal dan membuatkan seseorang itu berpeluh seterusnya berasa gatal pada bahagian kulit mereka. 

  1. Gunakan beberapa jenis losyen

losyen

Terdapat beberapa jenis losyen yang bagus yang membantu melegakan masalah kegatalan terutamanya yang berpunca dari ruam, alahan, chicken pox, kudis, jangkitan kulat dan lain-lain.

Antaranya adalah calamine lotion. Namun begitu, jika anda mempunyai masalah ekzema, elakkan dari penggunaan calamine lotion kerana ia boleh mengeringkan kulit anda. 

  1. Mandi menggunakan air yang suam

kulit gatal

Seterusnya, mandi dengan menggunakan air suam dapat membantu anda dalam mengurangkan rasa gatal dan memberi keselesaan pada kulit.

  1. Gunakan Pelembab udara (air humidifier)

kulit gatal

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan boleh menyebabkan masalah kegatalan, anda disarankan untuk menggunakan air humidifier di rumah.

Hal ini kerana, air humidifier berfungsi untuk memastikan udara di rumah serta mengelakkan kulit anda  dari menjadi terlalu kering. 

  1. Elakkan menggaru

kulit gatal

Walaupun kelihatan mudah, namun ramai yang susah untuk menggunakan kaedah mengelakkan kulit gatal yang terakhir ini. 

Caranya adalah dengan mengelakkan dari menggaru kawasan yang gatal. Ini adalah untuk memastikan kawasan tersebut tidak luka dan dijangkiti bakteria.

Untuk mengelakkan dari menggaru kawasan tersebut, anda boleh mencuba kaedah lain yang di sebut di atas seperti mandi air suam ataupun menyapu losyen yang sesuai.

Kesimpulan

Kesimpulannya, masalah kegatalan boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Ia mungkin berpunca dari keturunan yang mempunyai alahan, penyakit ataupun keadaan sekeliling.

Walaupun ia nampak seperti masalah kecil, namun ia boleh memudaratkan sekiranya tidak dirawat dengan kaedah yang betul dan segera.

Jika anda mempunyai masalah kegatalan dan sedang mencari penyelesaian kepada masalah kulit yang dihidapi, anda boleh cuba untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kulit Dermalene.

Klinik kulit Dermalene menyediakan perkhidmatan skin consultation, rawatan serta produk berkaitan dengan rawatan kulit dan wajah. 

Di antara kelebihan Dermalene ialah klinik ini dikendalikan oleh doktor yang bertauliah dan diiktiraf. 

Bukan itu sahaja, terdapat banyak testimoni pelanggan yang mengatakan kulit muka makin sihat setelah mendapatkan rawatan di Dermalene.

Contoh rawatan yang ditawarkan oleh Dermalene adalah:

  • chemical peel treatment
  • glycolic peel dan 
  • hydrofacial collagen treatment untuk merawat masalah jerawat.

Tidak kira apa jua jenis kulit yang anda ada seperti kulit muka kombinasi, kulit muka sensitif mahupun kulit muka berminyak, Dermalene pasti akan membantu anda.

Bukan itu sahaja, Dermalene juga sentiasa menyediakan promosi untuk pelanggan. 

Anda boleh terus walk-in ke Dermalene skin-centre yang terletak di Shah Alam, Bangi dan Kota Bharu atau buat pembelian di laman web rasmi mereka