jeragat

Alamak, JERAGAT! Ketahui Punca Dan Rawatan Sesuai

Terdapat pelbagai jenis masalah kulit yang boleh membuatkan kita terasa gatal dan tidak selesa. Salah satu masalah kulit ini adalah masalah jeragat.

Perkara ini boleh dielakkan tetapi ramai orang tidak tahu cara untuk merawat masalah kulit ini. Ini akan menyebabkan mereka mengalaminya pada jangka waktu yang lama.

Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang jeragat dan cara anda merawat masalah kulit ini.

Apa itu Jeragat?

jeragat

Jeragat merupakan sejenis penyakit kulit yang dialami oleh ramai orang di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana jeragat ini tidak berbahaya berbanding dengan masalah kulit lain.

Jeragat akan menyebabkan bintik-bintik hitam muncul di wajah anda dan tona kulit anda juga akan menjadi tidak sekata. 

Bintik ini biasanya akan berada di bahagian muka anda seperti pada dahi,hidung dan mulut anda.

Pada mulanya, saiz tompok ini sangat kecil tetapi pada masa yang lama ia akan bercantum dengan bintik lain dan lama-kelamaan ia akan menjadi lebih besar.

Bagi mereka yang berkulit cerah dan putih, bintik bintik di muka  akan nampak sangat ketara dan akan menyebabkan muka tidak bersih. 

Ini boleh menyumbang kepada masalah dalaman lain seperti masalah kurang keyakinan diri.

Oleh itu, ia sangat penting untuk anda mengambil tahu tentang jeragat ini supaya anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah ini.

Punca Jeragat

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa punca yang boleh menyebabkan penyakit kulit ini.

1. Salah Mengguna Produk Kulit

Ini adalah punca yang sangat senang dielakkan. Pada masa sekarang, terdapat banyak syarikat yang menjual produk-produk skin care yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

Tetapi masih ramai membeli produk-produk ini oleh kerana beberapa faktor pemasaran yang efektif seperti harga yang murah atau duta selebriti yang terkenal tanpa mengambil tahu perkara lain.

Mereka tidak membuat kajian dengan sendiri tentang bahan produk tersebut dan ini boleh menyebabkan masalah yang besar kepada kulit anda.

2. Sinaran UV

Jika anda selalu keluar dari rumah dan terkena sinaran matahari, ia juga boleh menyebabkan masalah kulit pada muka anda.

Walaupun terdapat vitamin-vitamin yang baik pada sinaran ini, sinaran UV juga boleh menyumbang kepada masalah jika anda tidak mengambil langkah keselamatan.

Oleh itu, anda perlu sentiasa memakai krim pelindung matahari untuk mengurangkan kesan kepada diri anda akibat sinaran tersebut.

3. Ubat-Ubatan

Ini merupakan sebab yang ramai tidak tahu. Jika anda sedang megambil ubat seperti seperti ibuprofen, ia boleh menyebabkan masalah kulit.

Ini merupakan salah satu kesan sampingan tersebut dan perlu diambil tahu supaya anda tahu. 

Sebelum anda mengambil mana-mana ubat, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor anda supaya anda tahu tentang risiko ubat tersebut.

Rawatan Jeragat

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak cara untuk merawat penyakit kulit ini. Kami akan menerangkan kepada anda tentang pilihan-pilihan rawatan yang ada untuk anda.

1. Ubat-Ubatan

Satu cara yang senang untuk merawat masalah kulit ini adalah untuk mengambil ubat atau krim. Untuk cara ini, anda perlu jumpa dengan pakar kulit untuk mendapat nasihat mereka.

Mereka biasanya akan memberi anda ubat dan krim seperti Hidrokuinon dan Tretinoin. Ubat-ubat ini merupakan ubat yang kuat. Oleh itu, jangan mengambilnya tanpa pengetahuan doktor.

Kesan ubat ini akan mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan pilihan lain di dalam artikel ini.

2. Krioterapi

Krioterapi adalah prosedur perubatan yang menggunakan aplikasi sejuk pada badan anda untuk pelbagai tujuan. 

Dalam konteks ini, krioterapi boleh digunakan untuk membuang tompok-tompok hitam dari kulit anda.

Ia adalah cara yang berkesan dan hanya boleh dilakukan oleh pakar kulit. Jika anda berminat dengan rawatan, anda boleh ke klinik untuk tanya dengan lebih lanjut.

jeragat

3. Rawatan Laser

Pilihan ini sesuai untuk mereka yang ingin merawat penyakit ini dengan pantas kerana ia hanya perlu 2 atau 3 sesi untuk siapkan proses ini.

Laser ini akan memusnahkan pigmen dan melanin berlebihan pada kulit anda untuk mengembalikannya pada asal. Ia tidak akan merosakkan bahagian lain pada bahagian muka anda.

Anda boleh mendapatkan rawatan ini di klinik kulit pakar atau hospital. Buat temu janji dahulu untuk nasihat yang lebih lanjut.

Kesimpulannya, jeragat merupakan masalah yang boleh dielakkan dan sangat senang untuk dirawat. Anda tidak perlu risau jika mengalami masalah ini kerana ia perkara yang biasa.

Jika anda mencari produk-produk kulit yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai, anda boleh cuba Dermalene.

Dermalene mempunyai pelbagai produk seperti:

  • Clinical Skincare For Acne And Oily Skin (Muka berjerawat dan berminyak ) 
  • Clinical Skincare for Anti Aging and Dry Skin ( Anti Penuaan dan kulit kering)

Semua produk kami telah melalui proses yang teliti dan juga mempunyai ciri-ciri di bawah :

  • Terbukti Secara Saintifik
  • Halal dan Berdaftar Bersama KKM
  • Diformulasikan Oleh Pakar

Shopping Cart
Scroll to Top
× How can we help you?