fbpx

AIK…AWALNYA BERUBAN?

A: Wah, kemaen tebal erk snow kat kepala you?

B: Amboi kemaen soalan you eh 

Umur baru masuk 20 an tapi dah ada uban? Tak kira lelaki atau perempuan, tiada siapa pun yang suka bila rambut mula beruban. Beruban sebelum umur 25? Itu dipanggil Uban Pramatang. Apapun, jangan kata orang muda, orang tua pun boleh stres tengok rambut putih ni tau!

1. Stress sangat ni, tu cepat beruban. Banyak fikir hal kerja, keluarga, sampai putih rambut dibuatnya. Tapi betul ke? Ini tak benar wak! Sehingga kini, tiada kajian menunjukkan stress menyebabkan rambut beruban.

2. Kadar vitamin B12 yang rendah. Ini salah satu punca mengapa uban dah ‘tunjuk taring’ walhal baru belasan tahun. Zat besi amat diperlukan sebagai Makanan Rambut! Ingat, lebihkan makanan dengan sumber B12 lepas ni yeah.

3. Genetik/ keturunan beruban. Cuba lihat bagaimana keadaan rambut ibu-bapa kamu? Ada tak uban. Kalau ya, potensi untuk kamu beruban awal agak tinggi!

Ini part paling penting, kemunculan uban juga salah satu tanda awal kamu berisiko diserang penyakit jantung! Ini disebabkan Aterosklerosis yang mana ruang arteri menjadi sempit. Disebabkan arteri sempit yang mengakibatkan serangan jantung! Hati-hati bila rambut beruban awal, jangan rasa cool pula yeah 

Scroll to Top
× How can we help you?