Tidur 30 saat, Micro Sleep membunuh!

Pernah tak korang tengah kusyuk drive tiba-tiba… eh tertidur pulak! Biar betul, tidur dalam keadaan terbuka mata. Situasi yang kadang berlaku bila terlampau penat tapi terpaksa teruskan perjalanan. Jangan begitu geng, R&R kan ada!

Micro Sleep- Badan kita ‘tidur’ seketika antara 1-30 saat. Ia BUKAN penyakit, badan tidak boleh kawal fikiran & deria dalam waktu singkat. Bayangkan dalam masa 3 saat saja, kereta anda boleh meluncur tanpa sedar sejauh 200 meter! Apa jadi kalau waktu tu, kamu drive dengan kelajuan 100km/j? Ngeri bukan?

Adakala kita excited nak balik kampung/ rumah/ bercuti sampai tolak tepi soal kemampuan badan & fikiran. Tapi kalau kamu dah mula mengelamun, mata berkelip perlahan, tak mampu fokus atas ingat apa yang berlaku beberapa minit lepas, ada baiknya kamu BERHENTI & TIDUR sekejap. Ada banyak nyawa di jalan raya tu, bukan nyawa kamu saja. Renung- renungkan okay 

Scroll to Top
× How can we help you?