fbpx
kulit kering

Rimas Dengan Kulit Kering? Amal Tips Ni

Kulit kering akan menukarkan tekstur kulit dari lembut kepada kasar. Ini akan menyebabkan kulit terasa gatal atau menjadi warna lain dari tona kulit asal anda. Tidak semua kulit jenis ini berbahaya, tetapi kulit kering kronik boleh membawa ketidakselesaan kepada penghidapnya. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi sedikit ilmu mengenai jenis-jenis kulit kering, punca terjadi kulit kering dan seterusnya tips merawat kulit kering mengikut pakar kulit.

Jenis Kulit Kering

Penting untuk anda tahu kulit anda jenis kulit kering yang mana satu. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan rawatan yang sebetulnya.

1. Contact dermatitis

Contact dermatitis terjadi disebabkan oleh partikel atau barangan yang menyentuh kulit lalu menyebabkan iritasi atau alergi. Kebiasaannya ia akan lega atau sembuh sendiri. Simptom contact dermatitis adalah seperti:
  • tompok kering, merah atau bersisik pada kulit
  • gatal-gatal
  • rasa gatal atau terbakar pada kawasan yang terjejas
  • lepuh terbuka atau bocor

2. Seborrheic dermatitis

Seborrheic dermatitis timbul apabila kulit anda menghasilkan terlalu banyak minyak di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan berkuping, lebih-lebih lagi di kulit kepala. Jenis kulit kering ini sering didapati di bayi. Untuk mengenal pasti jenis kulit kering ini, ia selalu mempunyai simptom seperti:
  • sisik nipis, putih atau kuning
  • tompok kulit berminyak atau berminyak
  • tompok merah pada kulit
  • kegatalan

3. Atopic dermatitis

Atopic dermatitis juga dikenali sebagai ekzema. Ia adalah satu penyakit kulit kronik di mana kuping kering terjadi pada kulit di badan. Simptom atopic dermatitis sering terjadi pada bahagian pipi, lengan dan kaki. Simptomnya termasuk:
  • kulit kemerahan dan kering
  • kulit bersisik
  • ruam
  • kegatalan
  • kulit pecah di belakang telinga
Artikel Berkaitan Jenis Penyakit Kulit dan Cara Rawatannya

Punca Kepada Kulit Kering

1. Faktor umur

Kian hari, kita akan dimamah usia. Oleh sebab itu, keupayaan kulit untuk menghasilkan minyak semulajadi juga akan berkurangan. Kian hari, apabila ini berlaku, lemak dan kolagen kulit juga akan turut kering dan menyebabkan kulit menipis. Bila ini terjadi, kulit akan menjadi lebih kering dari kebiasaan.

2. Sejarah perubatan

Anda akan cenderung untuk mendapatkan kulit sensitif dan kering jika keluarga anda ada sejarah alergi contact dermatitis atau pernah mendapat penyakit ekzema.

3. Perubahan cuaca/suhu

kulit kering Kulit dehidrasi boleh terjadi jika suhu atau cuaca berubah. Sebagai contoh, kulit akan menjadi lebih terhidrat dari kebiasaan jika anda berada dalam ruangan yang bersuhu terlalu rendah.

4. Pekerjaan

Sesetengah pekerjaan boleh menyebabkan kulit hilang kelembapan. Pekerjaan yang dimaksudkan ialah pekerjaan outdoor dan pekerjaan yang membuatkan anda perlu guna bahan kimia yang menghakis kulit. Contoh terdekat boleh dikatakan pekerjaan seperti penggaya rambut, pekebun dan pekerja perubatan.

5. Kerap mandi dengan air panas

kulit kering Sememangnya mandi dengan air panas sangat menenangkan, but not for kulit sensitif! Air panas, secara asasnya, akan membuatkan liang pori terbuka dan menghakis minyak yang terbentuk secara semula jadi di dalam kulit. Disebabkan itu, kulit akan menjadi semakin kering dan cepat merekah.

Kulit Kering? Ini Tips Dari Pakar

1. Mandi dengan air suam

Mandi dengan air panas dan lebih lama dari kadar yang disarankan boleh membuatkan kulit lebih kering. Hadkan mandi dua kali sehari dan tidak lebih dari 5-10 minit. Pastikan air mandian suam, bukan panas.

2. Sapu pelembab selepas mandi

kulit kering Pakai pelembab sejurus sahaja selepas mandi. Tak lupa juga untuk pakai pelembab beberapa kali, lebih-lebih lagi setiap kali anda rasa kulit tidak lembab dan sedikit kering atau selepas mencuci tangan dengan sabun.

3. Guna ointment atau krim

Pastikan krim yang anda gunakan sebagai pelembab  mengandungi bahan yang merawat seperti urea, ceramides, fatty acids, shea butter atau cocoa butter. Bahan-bahan seperti isopropyl alcohol, benzyl alcohol dan sulfate perlu dielakkan kerana ia akan mengeringkan kulit. Tak lupa juga, pastikan ia tanpa pewangi. Pewangi boleh menyebabkan iritasi pada kulit kering.

4. Pakai skincare bebas pewangi

Seperti yang anda ketahui pewangi boleh menyebabkan iritasi, kemerahan dan kulit lebih kering. Jadi, lebih baik untuk anda pastikan terlebih dahulu semua produk skincare anda bebas pewangi.

5. Pakai baju yang tidak beri iritasi

Fabrik baju jenis fiber natural, seperti kapas membolehkan kulit bernafas lebih baik dan selesa. Elakkan wool. Walaupun ia lembut, tetapi tidak untuk kulit bersisik. Kesimpulannya, kulit kering adalah salah satu keadaan kulit yang biasa terjadi dan boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Kulit terhidrat ini bukan sekadar kering, ada sahaja di mana keadaannya lebih teruk sehinggakan berkuping dan merekah. Jadi, kenal pasti keadaan kulit kering anda yang mana satu terlebih dahulu dan rujuk pakar kulit untuk lebih memahami keadaan kulit anda. Untuk itu, apa kata jom dapatkan konsultasi di Dermalene? Di Dermalene, konsultan semua terdiri daripada pakar dermatologi dan pakar kecantikan yang pakar dalam setiap permasalahan kulit. Untuk dapatkan rawatan, klik di sini sekarang.
Product has been added to your cart
×