Pigmentasi Baik Untuk Kulit?

[vc_row][vc_column][vc_column_text el_class=”s-font”]

Baik tapi menyusahkan? Itu adalah perumpamaan saya bagi pigmentasi. Papulosa Nigra atau PIGMENTASI merupakan tompokan hitam yang berfungsi melindungi dari serangan kanser kulit. Pendek kata, dialah kawan, dialah lawan. Bila dah terlampau banyak & dilihat sebagai ‘over protective’, kehadirannya membuat kulit tak keruan.

Pigmentasi ibarat ‘payung’Setiap hari kita pasti terdedah kepada sinaran matahari. Di sinilah bermula fungsi pigmentasi yang mana mereka bekerja untuk menghalang pembentukan sel kanser pada kulit. TETAPI bayangkan jika wajah kita dipenuhi tompokan pigmentasi, sudah tentu kita sendiri rasa tak selesa kan?

Punca nampak tua

Ya, pelik tapi benar. Saya boleh katakan pigmentasi elok untuk kulit. Ini tidak bermakna saya menggalakan anda tidak berbuat sesuatu dengan pigmentasi pada kulit. Harus rawat cuma kemunculannya tidak bahaya tetapi ganggu penampilan/keselesaan. Kulit kita memiliki beberapa peringkat pigmentasi & ia bergantung pada kandungan melanin. Melanin berfungsi melindungi sel kulit dari bertukar menjadi kanser kulit! Namun bila dah terlalu banyak melanin, maka terhasilah JERAGAT.


Pentingnya Sunblock

Kesemua individu yang datang ke Dermalene pasti tidak akan terlepas mendengar ‘ceramah free’ mengenai pentingnya sunblock@pelindung tabir suria. Jangan salahkan cermin atau pencuci wajah kalau pigmentasi masih berleluasa. Kerana sunblock adalah ‘must have item’ oleh semua orang! Sangat penting bagi kita untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang amat bahaya. Jangan sentap bila kawan cakap muka anda nampak tua dari usia sebenar jika anda sendiri tak berbuat sesuatu. Kesimpulannya, pigmentasi tak bahaya cuma ia akan ganggu penampilan anda. Siapa yang tak teringin cantik kan?

Jangan cakap saya tak payung info 🙂
Dr Alina Hasni

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top
× How can we help you?