Basuh Tangan Elak Bisul

[vc_row][vc_column][vc_column_text el_class=”s-font”]Zaman kanak-kanak dulu, pernah tak mak korang cakap ‘Jangan duduk atas bantal, nanti bisul baru tahu’ Pernah tak? 

Jangan salah anggap! Bisul terhasil akibat jangkitan staphyllococcus aureus. Ia juga dikenali sebagai ‘Furunkel’, antara salah satu penyakit disebabkan bakteria jahat! Benjolan merah berisi nanah, pastinya membuatkan anda sama sekali tak selesa kan? Ditambah dengan sistem imun lemah, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti kuman yang boleh menyebabkan nanah kerana mereka masih tidak faham tentang kebersihan diri.

Lebihkan pengambilan buah & sayuran, yang penting jaga kebersihan di sekitar kulit. BASUH TANGAN dengan betul untuk menjaga kebersihan diri. ‘Belon kecil’ ni pasti lenyap selepas beberapa waktu! 

Penyakit ini merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus ‘Varicella-zoster’. Ruam diselang dengan gelembung cecair (macam titisan embun).

Tanda awal kanak-kanak diserang cacar air adalah demam. Namun jangan keliru, ia berbeza dengan penyakit seperti Campak (measles), Rubela (German measles) dan Roseolla di mana ruamnya berbintik bintik sahaja. Cacar air boleh BERJANGKIT. Pesakit mengalami demam selama beberapa hari tetapi jangan risau, ia tidak berbahaya.

Ruam kebiasaanya muncul di bahagian lengan, kaki, dada dan perut, belakang telinga, muka dan kulit kepala.

Sebelum bintik ini muncul, tanda-tanda seperti demam, sakit kepala, otot sengal serta hilang selera makan.

Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-kanak.

Bintik cacar akan terasa sangat gatal selepas 12-14 jam kemunculannya. Dalam masa dua hari, ruam mengandungi cecair itu akan mula mengering bermula dengan warna gelap kerak & terkelupas dalam waktu dua minggu.

JANGAN GARU kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Periksa kuku jari pesakit, jangan biarkan ia panjang. Banyakkan minum air suam untuk hidrasi kulit.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][/vc_column][/vc_row]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top
× How can we help you?