fbpx
jenis kulit

Bagaimana Nak Kenalpasti Jenis Kulit Muka Dengan Tepat?

Pernah tak bila anda beli sesuatu produk penjagaan kulit tetapi produk itu tak berkesan untuk kulit anda? Namun bila anda tengok orang lain pakai, produk itu berkesan kepada mereka pula.

 

Sebelum nak beli sesuatu produk untuk kulit, lebih-lebih lagi untuk muka, kita kena perlu tahu serba sedikit ilmu tentang penjagaan kulit. 

 

Ini penting supaya kita dapat beli produk yang sesuai dengan kehendak kulit kita. Perkara paling penting untuk diketahui sebelum membeli produk penjagaan kulit ialah jenis kulit muka.

 

Mesti ada yang tak tahu apa jenis kulit anda kan? Mari kita baca artikel ni sampai habis untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Kepentingan Mengetahui Jenis Kulit Muka

jenis kulit muka

Mengetahui jenis kulit kita adalah sangat penting untuk memastikan kulit kita kekal sihat terutamanya kulit wajah kita.

 

Pemilihan produk yang sesuai dengan kulit dapat memastikan kulit berada dalam keadaan yang baik.

 

Selain itu, pentingnya kita tahu jenis kulit adalah supaya tidak mudah terpengaruh dengan produk-produk yang tidak penting dan tidak elok untuk kesihatan kulit kita. 

 

Mari kita lihat jenis-jenis kulit yang ada untuk memastikan anda dapat memilih produk muka yang betul.

 

Kulit Normal

jenis kulit muka

  • Kelenjar minyak menghasilkan sebum (minyak) dalam kadar yang normal.

 

  • Permukaan kulit tidak berminyak dan kering.

 

  • Pori-pori di permukaan kulit tidak begitu ketara.

 

Kulit Kering

jenis kulit muka

  • Kelenjar minyak tidak menghasilkan sebum (minyak) dengan cukup.

 

  • Permukaan kulit tidak cukup hidrasi dan menjadi kering.

 

  • Kulit senang untuk mengelupas dan terasa tegang.

 

Kulit Sensitif

jenis kulit muka

  • Tekstur kulit senang kering, kemerah-merahan dan gatal serta pedih tetapi juga berasa lembut.


  • Kulit jenis ini senang untuk bertindak balas dengan pemakanan, kandungan produk dan persekitaran.

Kulit Berminyak

jenis kulit muka

  • Kelenjar minyak menghasilkan sebum (minyak) secara berlebihan.

 

  • Kulit akan kelihatan berkilat, berminyak dan pori-pori akan lebih jelas kelihatan.

 

  • Senang untuk dapat jerawat, cela dan blackhead.

 

Kulit Kombinasi

jenis kulit muka

  • Terdapat separuh permukaan berminyak dan separuh lagi permukaan kering pada muka.


  • Zon-T selalunya akan kelihatan lebih berminyak.

  • Bahagian pipi akan kelihatan lebih kering.


  • Senang untuk mendapat blackhead dan whitehead akan muncul di kawasan hidung.

Sekarang kita dah tahu jenis-jenis kulit, mari kita lihat pula macam mana kita boleh mengenalpasti jenis kulit kita.

 

Cara Mengetahui Jenis Kulit Muka

jenis kulit muka

Untuk mengetahui jenis kulit anda dengan mudah di rumah, anda perlu melakukan teknik “30 minutes bare face”. 

 

Melalui kaedah ini, bahan-bahan yang anda perlukan hanyalah blotting paper atau kertas minyak, wajah anda, tisu serta tangan. Simple kan!

 

Langkah pertama, anda perlu tanggalkan make up, sunscreen atau apa-apa sahaja yang anda pakai. Cuci dengan pembersih muka anda.

 

Kemudian, keringkan dan biarkan muka anda tanpa menyentuh dengan tangan selama 30 minit. Selepas itu, pastikan anda bersihkan tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh muka.

 

Test Kulit Normal

 

Jika selepas anda lapkan blotting paper pada muka anda dan jumlah minyak terperangkap di blotting paper adalah sedikit atau tiada ataupun tiada kulit yang menggelupas, maka kulit anda adalah jenis normal.

Test Kulit Kering

Untuk mengetahui jika anda mempunyai kulit kering atau tidak, anda perlu senyum dan cuba kerutkan dahi. Selepas itu, ambil blotting paper dan lap muka anda.

 

Jangan lupa untuk lapkan bahagian dahi, hidung, dan dagu (T-Zone). Jika kulit rasa ketat dan ada cebisan kulit yang tertanggal dan tiada sebum di blotting paper, anda mempunyai kulit kering.

jenis kulit muka

Test Kulit Berminyak

Sediakan 2 helai blotting paper. Lapkan helaian pertama di bahagian dahi, hidung dan dagu (T-Zone). Seterusnya, lap helaian kedua di bahagian pipi, tepi dagu dan tepi dahi.

 

Bandingkan kedua-dua blotting paper tersebut dan jika jumlah sebum yang terperangkap adalah sama banyak, maka kulit anda tergolong dalam jenis kulit berminyak.

Test Kulit Kombinasi

 

Gunakan dua helai blotting paper, lapkan helaian pertama di bahagian pipi dan helaian kedua di bahagian T-Zone.

 

Jika minyak ataupun sebum yang terperangkap pada kedua-dua helaian kertas adalah lebih serta terdapat kulit flaky, anda memiliki kulit kombinasi.

jenis kulit muka

Test Kulit Sensitif

 

Jika kulit anda mula gatal dan kemerah-merahan ketika menggunakan produk ataupun selepas anda memakan sesuatu, maka anda mempunyai kulit yang sensitif.

2 Langkah Mudah Untuk Mengetahui Jenis Kulit Muka Anda

jenis kulit muka

Jika anda masih lagi ragu-ragu dengan test yang anda lakukan, anda boleh mengetahui jenis kulit anda dengan menjawab soalan (questionnaire).

 

Anda boleh layari laman web dermalene.com untuk menjawab questionnaire tersebut.

 

Langkah 1

Anda akan ditanya tentang keadaan kulit anda dan anda hanya perlu memilih kotak yang mempunyai jawapan yang betul dan tekan “nextbutton.

jenis kulit muka

Langkah 2

Masalah kulit yang dihadapi oleh anda akan ditanya di dalam questionnaire tersebut. Pilih jawapan anda dengan betul.

 

Cadangan Rawatan

Setelah anda menjawab 2 soalan tersebut, cadangan rawatan yang perlu anda buat akan diusulkan mengikut masalah kulit. Anda boleh memilih untuk membuat rawatan tersebut atau tidak.

 

Selain itu, anda akan mendapat 10% discount voucher untuk rawatan tersebut.

 

Kesimpulannya, kulit kita tidak terhad kepada satu jenis sahaja. Setiap seorang di atas muka bumi ini mempunyai keperluan kulit yang berbeza. 

 

Apabila anda telah mengetahui jenis kulit anda, menjaga dan merawat kulit anda tidak akan menjadi masalah yang besar lagi. Ianya merupakan suatu permulaan yang baik untuk kulit.

 

Namun begitu, jika anda telah mencuba bermacam jenis produk rawatan wajah tetapi  masih lagi tiada apa-apa perubahan, anda boleh cuba lihat Dermalene

 

Selain daripada membantu anda untuk mengenali jenis kulit, Dermalene juga menyediakan perkhidmatan skin consultation, rawatan serta produk berkaitan dengan rawatan kulit dan wajah. 

 

Bukan itu saja, ianya dikendalikan oleh doktor yang bertauliah dan diiktiraf. Banyak testimoni pelanggan yang mengatakan kulit muka  makin sihat setelah mendapatkan rawatan di Dermalene.

 

Contoh rawatan yang ditawarkan oleh Dermalene adalah chemical peel treatment, glycolic peel dan hydrofacial collagen treatment untuk merawat masalah jerawat.

 

Tidak kira apa jua jenis kulit yang anda ada seperti kulit muka kombinasi, kulit muka sensitif mahupun kulit muka berminyak, Dermalene pasti akan membantu anda.

 

Bukan itu sahaja, Dermalene juga sentiasa menyediakan promosi untuk pelanggan. Anda boleh walk-in ke Dermalene skin-centre yang terletak di Shah Alam, Bangi dan Kota Bharu. 

 

Klik Sini Untuk Menghubungi Dermalene

 

Scroll to Top
× How can we help you?