6 Jenis Jerawat Utama dan Cara Rawatan Yang Anda Wajib Tahu.

Jerawat bukan semua sama. Ada yang kecil tapi degil, ada pula yang besar dan menyakitkan. Ramai yang tak tahu bahawa setiap jenis jerawat datang dari punca yang berbeza, dan sebab tu rawatannya pun kena berbeza.

Dalam artikel ini, Dermalene akan bantu anda kenal pasti jenis jerawat, faktor penyebab utama, dan rawatan yang sesuai berdasarkan jenis kulit anda.

1. Whiteheads (Jerawat Pasir Tertutup)

  • Rupa: Bintik kecil berwarna putih, tertutup dan tak meradang.
  • Punca: Sel kulit mati yang terperangkap bersama minyak dalam pori. Kerap berlaku pada kulit jenis berminyak, atau bila guna produk yang menyumbat pori.
  • Rawatan sesuai: Acne Facial Treatment, Mild Chemical Peel, pencuci muka gentle bebas minyak.

Kenapa penting rawat segera: Whiteheads yang tak dirawat boleh terkumpul menjadi jerawat yang lebih besar dan meradang. Kalau dibiarkan, permukaan kulit akan jadi kasar, berbiji dan susah nak serap produk rawatan.

2. Blackheads (Bintik Hitam)

  • Rupa: Bintik kecil berwarna gelap, biasanya di hidung, dagu, dan sekitar pipi.
  • Punca: Pori terbuka yang tersumbat oleh minyak dan sel mati lalu teroksida. Kurang exfoliation juga penyebab utama.
  • Rawatan sesuai: Extraction Facial, Hydration-based peel, produk yang ada Salicylic Acid.

Kenapa penting rawat segera: Walaupun tak sakit, blackheads buat kulit nampak kusam dan tekstur tak sekata. Ia juga tanda awal masalah kulit lebih serius. Jangan picit sendiri—kulit boleh cedera dan pori jadi besar secara kekal.

3. Papules (Jerawat Merah Tanpa Nanah)

  • Rupa: Benjolan kecil merah yang sakit bila disentuh, tiada nanah.
  • Punca: Inflamasi dalam pori, biasanya akibat bakteria, hormon, atau penggunaan produk yang merengsakan.
  • Rawatan sesuai: Anti-inflammatory Acne Facial, Rawatan Jerawat & PIH, cleanser pH seimbang.

Kenapa penting rawat segera: Papules ialah petanda awal kulit tengah ‘berperang’. Jika dibiarkan, ia boleh jadi jerawat nanah atau meninggalkan bekas kemerahan yang susah hilang. Rawatan awal kurangkan risiko parut.

4. Pustules (Jerawat Bernanah)

  • Rupa: Jerawat merah dengan puncak putih atau kekuningan.
  • Punca: Jangkitan bakteria dalam pori, selalunya akibat minyak berlebihan dan sentuhan tangan yang kerap.
  • Rawatan sesuai: Deep Cleansing Facial, spot treatment anti-bakteria, elakkan picit jerawat.

Kenapa penting rawat segera: Pustules mudah pecah bila disentuh atau digaru—ini boleh sebar bakteria ke kawasan lain. Parut lekuk dan jerawat berulang juga biasa terjadi kalau tak rawat dengan betul.

5. Nodules (Jerawat Batu)

  • Rupa: Benjol besar dan keras di bawah kulit, tiada puncak nanah, sangat sakit bila disentuh.
  • Punca: Inflamasi dalam lapisan kulit yang lebih dalam, biasanya disebabkan hormon atau jangkitan bakteria kronik.
  • Rawatan sesuai: Rawatan Anti Jerawat Mendalam di Dermalene, pengurusan hormon (kalau berkaitan), serta produk anti-inflamasi.

Kenapa penting rawat segera: Nodules jarang hilang sendiri dan boleh bertahan berminggu-minggu. Ia juga jenis jerawat yang paling mudah tinggalkan parut lekuk. Rawatan awal bantu kurangkan saiz dan elakkan komplikasi kulit.

6. Cystic Acne (Jerawat Bernanah Dalam)

  • Rupa: Jerawat besar, bernanah, rasa sakit berdenyut-denyut, biasanya berlaku berkelompok.
  • Punca: Ketidakseimbangan hormon, genetik, stres tinggi dan penjagaan kulit yang tak sesuai.
  • Rawatan sesuai: Facial khas untuk cystic acne, diet kawalan hormon, dan pemantauan rutin dengan pakar kulit Dermalene.

Kenapa penting rawat segera: Ini jenis jerawat yang paling kronik dan memberi kesan emosi. Jerawat ni sangat mudah tinggalkan parut kekal dan memerlukan rawatan jangka panjang. Dapatkan rawatan seawal mungkin untuk elak parut dan kawal hormon.

Penutup: Jangan Main “Agak-Agak” Bila Rawat Jerawat

Bila kita tahu jenis jerawat, kita boleh elak beli produk yang salah atau ikut trend yang tak sesuai. Kulit setiap orang berbeza. Yang penting, dapatkan diagnosis profesional dan rawatan bersesuaian dengan kondisi kulit anda.

Di Dermalene, kami komited untuk membantu anda melalui setiap langkah perjalanan penjagaan kulit. Dengan pendekatan yang berfokus kepada rawatan yang disesuaikan dan selamat.

Jangan tunggu lagi, mulakan perjalanan anda dengan kami hari ini untuk kulit yang lebih berseri dan bebas jerawat!

Read More Articles

Discover the best topic about skin care with our knowledge base.

Visit Us

Follow Us

Trust us with your skin journey

Book your first trial appointment with us now for only RM299

First Trial for New Patients + Free comprehensive facial scanning and consultation.