fbpx

News

Jenis-Jenis Parut Di Wajah

Parut terhasil daripada proses penyembuhan luka kulit dan tisu. Kebiasaannya, luka akan menghasilkan parut namun kedalaman dan saiz adalah berbeza.

Faktor terjadinya parut bergantung bagaimana kulit seseorang mendapat parut. Mungkin kemalangan, penyakit atau keturunan.

Antara jenis-jenis parut yang wujud;

  Keloid – Tisu parut keras, menonjol dan tidak teratur pada kulit yang sering kali membesar dari segi saiznya. Selalunya ia terbentuk apabila kecederaan sembuh atau insisi pembedahan adalah tegang. Lama-kelamaan, ia boleh menjejaskan pergerakan seseorang.

 Kontraktur- Jika kulit anda terbakar, anda mungkin akan mempunyai parut jenis ini yang menyebabkan kulit menegang dan menjejaskan keupayaan untuk bergerak. Parut kontraktur juga akan masuk jauh ke dalam dan memberikan kesan terhadap otot-otot serta saraf.

 Parut hipertrofik- Parut merah dan menggelembung yang lebih kurang sama seperti keloid tetapi tidak melepasi sempadan kawasan yang tercedera.

 Parut jerawat- Jika anda ditumbuhi jerawat yang teruk, anda juga mungkin mempunyai parut. Terdapat pelbagai jenis parut jerawat dari lubang yang dalam ke parut yang mempunyai sudut atau berbentuk tajam seperti ombak.


#parutjerawat
#fightscar
#infokulit
#yourskinonlybetter
#jenisparut
#maribelajar